Jul 29, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Kalo kita buat silap kita mohon maaf
kalo kebenaran kita harus tegakkan
hehehe

Jul 16, 2009

Lama tak update

ada kot kat sebulan
hehe
banyak busy la skrg
ngan kerja sendiri nya
ngan kerja ngan cina lagi
ngan anak bini
ngan apa2 ajer aaa
hehe

alhamdulillah, job printing tshirt wa maintain, ada job, bleh la cover overhead, alhamdulillah, kawan2 banyak membantu, trimas.

job yg serius plak cam biasa la kene angkat barang, nak2 minggu ni plak bos aku pindah rumah dari Sri Petaling ke Tropicana, huh, minimum sehari 3 trip ulang alik angkat barang dia, ok la dari wa duk opis tarak kerja main facebook jek, hahaha

satu lagi wa duk tunggu2 cek dari nuffnang, tak dapat lagi selepas sebulan request, saja nak bagitau jek la, camana pon nuffnang tetap diteruskan

stakat ni dulu, nak update blog tshirt gua plak, tgh nak upload gambor2 design. rajin2 mai la tgk http://magentascreen.blogspot.com

adios

Jun 15, 2009

Nuffnang Earning

Arini setelah beberapa bulan bernuffnang
akhirnya aku try gak cashout earning dari nuffnang
takderla banyak, RM56.40 jek pon

Tapi bila cash out dia cas RM1 sebagai transaction fee. Cas out plak akan amik masa selama 30 hari dari tarikh arini. So tunggu dan lihat jek la ada tak cek sampai umah nanti.

Tgh dok pending lagi, hehe. Tungguuuuuuuu!!!!

Jun 4, 2009

Plastisol tshirt Screen Printing

May 20, 2009

Kelam kabut ....

Update skit
skrg ni dok busy utk setup small bussiness
tgh dok deal nak beli machinery n nak carik kedai sewa
pening pala
tapi cabaran cam ni la syok
banyak benda leh belajar

itu jek
:p

May 13, 2009

Sukan Tarik Tali

Ahad lepas, ada Hari Sukan Antara Masjid-masjid terpilih seluruh kawasan Selangor. Diadakan di masjid Shah Alam. Aku join team tarik talik yang diketuai oleh Adibeast. Kami mewakili pasukan Masjid Ar-Rahman Kampung Tungku, Petaling Jaya. Pasukan ni terdiri dari 10 orang iaitu aku, adibeast, Rimi In Torment, Jambu n adiknya Abu, Kimi Bloodletting, Ayam, Shrek Muiz, Copot n abangnya Najmi Chipauk.

Ar-Rahman Tarik Tali Team

So nak kata team ni kuat mmg kuat, hehe, kekuatan terletak pada berat. Team ni berat badan mmg menang ahhh. So kami lawan 3 kali. Keputusan perlawanan kami kalah 1st n 3rd game, 2nd game seri. Hehehe, patutnya ada game ke-4, tapi kami cabut pasal dah kompom tak menang n dah letih gila baban. Tarak semangat kesukanan betoi la. Lawan ngan geng askar tak tahan tuh, mmg menyerah jek la. Aku rasa faktor kalah bukan pasal apa, pasal kami tarik & org jek satu game. Kenapa 7, pasal berat kami yang melampau, ahhahahahaha. Syarat pertandingan satu pasukan tak boleh melebihi 680KG ataupon 8 org satu team. Lawan kami plak semua 8 orang, so yang menang sekali tuh kira ok la gak. 7 vs 8 beb.

Kat bawah ni ada sedutan klip masa pertandingan tuh. Hehehe, ada adengan panas tuh beb. Tgk dulu baru lu org tau, hahahaha. Ni masa tarikan pertama pada hari tuh pasal game kami yang mula-mula.




May 11, 2009

Weekend Activities

haha, saja nak merapu meraban skit
nak citer aktiviti weekends lepas
huhu
bermula ngan haru jumaat pas abis kerja
balik umah jek mandi2 cam biasa lepak kat mamak sampai ke pagi
dalam kul 3.30 tuh ada band kawan aku jam plak, pi usha depa
Bloodletting, New Breed Metal konsep yang depa main katanya.
Bleh tahan la, main pon tight. Dengar2 nanti nak rekod ngan drummer baru depa.
Sabtu plak dimulakan ngan bangun2 jek dah tghari, huhu. Siap2 jek pas zohor pi Jusco One Utama ngan family aku bawak baby jalan2. Makan kat ikea jap pekena swedish meatball. huh, layan.
Ahad plak pagi2 lepas subuh dah mula kuar umah. Amik adibeast n rakan2 pi shah alam. Kitaorang sertai Sukaneka Antara Masjid Negeri Selangor. Kami main tarik tali, letih dapat, kalah pon dapat, hehe. Balik jek dah tgh ari. Lepas zohor bawak my lovely wife plak gi makan kat Secret Recepies celebrate Mothers Day ngan dia. Balik umah terus terbungkang keletihan. Malam plak whole family aku ajak kuar makan lagi kat Pizza plak. Celebrate Mothers Day mama aku n Besday aku pada hari ni, hehe. (28 Tahun)
masuk jek isnin, dapat call dari adibeast kata Sick Society ada plak jam. Kul 1.30 kat Grido Studio atas KFC kelana jaya. sampai la kul 4 pagi. balik terus tido.

itulah kisahku di hari minggu lalu
sekian
;P

May 7, 2009

Vociferation Eternity Tee (Real Pix)


pandangan depan dan blakang


Close up

Ini dia hasil dari prototype yg aku up tempoh hari, 100% di print oleh tgn aku sendiri. Walopon ada skit masalah ytime nak print akhirnya siap gak pada 2 Mei 2009 kul 5 pagi. Time gigs MetalcampII, hampir separuh stok dah abis, so tinggal lagi separuh. Alhamdulillah. Sesapa nak beli secara online leh email aku ( auk_s@yahoo.com or nekrademus@gmail.com ). Harga termasuk postage ialah RM35. Nak transfer duit leh pakai maybank kepada akaun 114496049642 di atas nama MUHAMMAD ZAKI BIN ILIAS. Stok skali abis no reprint dah, daie kata nak bikin baju utk album plak pas ni.

May 4, 2009

KL Metalcamp 2 short report

Huh, akhirnya majlis ni berlangsung ngan jayanya pada sabtu lepas. Apa yang boleh aku katakan, ianya sebuah event yang grand bagi peminat metal malaysia. Dan ianya merupakan acara tahunan yang cuba dijayakan oleh pihak Nebiula Prod. dan Thy Syndicate. Pihak Neochronicles jugak berbesar hati dapat turut sama memberikan sedikit sumbangan kecil pada hari itu.

As usual aku sampai dalam kul 1, time tuh tgh berlangsungnya soundcheck. Lebih kurang kul 3 baru bermulanya gigs ni. Crowd mula masuk tanpa henti, suasana cam biasa la kat MCPA, masuk2 jek terus usha2 stuff yang dijual. Aku pon jual gak, dapat tender jual air (thanx orga) n aku jual tshirt voci yang baru siap print pada kul 5 pagi. hehe. Band pertama yang dipertanggungjawabkan ialah Vociferation Eternity.

Vociferation Eternity
Melodic Metal yang ditunjangi oleh saudara Daie. Apa nak kata lagi band ni, crowd enjoy n sing along. Playlist dari rilisan mereka (ocean myth/meadow's yearn) diikuti dengan sebuah lagu baru "Chant of Sadness" dan cover dari SYJ "orang timur". Depa berjaya menghangatkan suasana walopon sebagai opening band.

Brain Dead
Death old school n setuhan thrash, mmg gamat yang amat sangat, setlist yang best. Paling best bawak lagu dari Dark Live Collection. Mmg gerek ah ini band.

Negation
ini band mmg kasik panas ah itu hari, tight, mantap, buas n bla bla bla. Lagendary grindcore. Crowd pon menggila cam hapa ntah. Dorang akan perform di bangkok bulan june nanti.

Nuclear Strike
Kajang heavy metal mania. Band ni power, vox pon leh tahan, hehe. Cuma sedikit bosan pasal band2 sebelum ni semua keras2 n berat2. Lagipon wa kureng masyuk ah ini band.

Mistik
Huh, enjoy ah, setlist lagu pon mmg memorable. Paling menyengat time lagu Air mata sesalan n Perjanjian Syaitan.

Fleurs Du Mal
Metal chicks from temasek. Main Brutal death yang bleh tahan la, cuma tarikan seksual yang tekleh tahan. Crowd tak havoc sgt pasal terpesona ngan line up band ni kot. Ok la band ni, cuma sound gitar tuh nyaring sgt. tak death metal pon. Hehe. (lebih kurang sicksociety ah)

Aradia
Pon bagi aku tak dapat saingi 3 band awal dari segi bestnyer peformance, tapi bila main lagu As i am heir of the throne, wa teringat balik riff2 lagu ni.

Athotorgh
Memang kene duduk sebagai last band. Crowd kembali mengganas. Semua lagu dorang wa layan kecuali satu lagu yang apa tajuknya ek, lagu baru katanya. Encore ngan Adik NC amik alih bass untuk lagu dari Sodom "Ausgebombt". Mmg best.

Tuh dia, sempoi2 jek. apa lagi nak kata, event of the year la. Tahun depan harap dapat bikin open air plak, hahaha. manala nak tau kan. Overall gigs ni mmg hangat (pasal econ rosak n bandlist yg power2). Crowd yang datang wa anggarkan lebih dari 500 orang (cecah kot 700).
Maka tersenyum la organiser sampai ke belakang tengkok, haha. BEST BEST BEST.


ps=gambar wa tarak amik pon, lupa bawak kamera n sibuk jual stuff, ;P

Apr 29, 2009

Tak Jadik jugakkkkk

Chewah, kalo jadik pon cam lepas jek dari penjara kasih, muahahaha. Latest news dari singapore, Morbid Angel pon tak jadik perform kat sana. Mmg sah la kene pi metalcamp lagu ni, kalo idak gian wooo, hahahaha. Itu jek aku nak bagitau, TQ.

Apr 28, 2009

Susulan 18 Feb 2009

Coretan 18 Feb 2009.

Ini kira lanjutan lah dari apa yg aku tulis 18 feb lepas, iaitu cerita pasal kedatangan Rooting Christ n Condamned ke Malaysia untuk adakan show tour diorang. Rata2 yang dah tau cerita ni, cuma aku nak bagitau lagi skali jek untuk kepastian. Kedua2 band ni tak berkesempatan turun lagi ke tanah melayu. Alasan2 yg dikeluarkan oleh pihak penganjur amatlah mendukacitakan. So, apa leh buat, minggu ni jek la kalu mau layan gigs pon. Metalcamp2.

Bulan jun 2009, Morbid Angel di singapore, yeahhhh!!

Apr 22, 2009

Vociferation Eternity Official T-Shirt

Minggu lepas n minggu ni dok buang masa bikin design tshirt untuk band yang ntah best ke idak, ;p , iaitu Vociferation Eternity. Punya la banyak songeh ini band, itu tak kene, ini tak kene, hahaha. Tapi alhamdulillah setel gak smalam n terus pi anto bikin film (negative image) n maybe sok lusa baru bleh bikin blok. Baju kosong pon dah pi tempah custom made lagi. Bro daie, jgn mare ek, tq pasal bagi job ni kat wa.

Officially baju ni akan dijual time metalcamp nanti, insyallah. Untuk pre-order blom bukak lagi, sabau2. Tapi, time metalcamp nanti harga dia spesel la skit, nanti dah masuk kedai2 harga dah jadik standart balik. So, bawak duit lebih, banyak stuff dijual nanti kat metalcamp, n jom layan band2 yang gila babas nanti. Aradia, Atotok, Voci, FDM (yum2), Nuclear Strike, Negation (arghhh), Mistik n Brain Dead.

(Lebih kurang camgini ah design dia, nanti wa up real nyer tshirt plak)

Apr 16, 2009

KL Metalcamp Part 2

Apr 15, 2009

Marketing

Huh, minggu ni sibuk dok buat keje konon nya ala2 sales marketing untuk satu projek yang mana wa akan mulakan secara komersil. Apa lagi printing baju la, hehe. Walopon saingan antara pencetak t shirt yang tinggi di KL ni, tapi bagi aku ianya tarak masalah. Masih ada rezeki untuk kita masing, cuma kene bersaing cara sihat jek la. Buat apa mau gaduh2 sama sendiri, lagi ramai yang buat lagi bagus bagi aku, cuma camana kita nak adakan network antara pencetak ni. At least bila ada job yang tak mampu nak bikin or tak sempat nak kejar bleh la subkan job tuh kat network2 yang lain, so sesama dapat sedikit keuntungan. Yang perlu ada skarang networking jek la, pasal memasing ada customer dia.

Alhamdulillah, ada la skit job skrg ni yang dah masuk walaupon kawan-kawan nyer job. Terima kasih kerana bagi sokongan. Cuma sekarang ni dok plan camana mau masuk market student2 kolej dan universiti swasta terutamanya sekita PJ dulu. Ada la beberapa plan yang dah dirangka dan insyallah akan dimulakan secepat yang mungkin. Promosi kene cantik dan berterusan. Rajin tangga kejayaan. PJ saja dah ada kat 20 lebih kolej/ipts dan lebih kurang 60 lebih skolah rendah dan menengah. Wow, peluang yang mesti direbut. Target permulaan ni biar sebulan dapat la lebih kurang 500 helai baju yang dikeluarkan. Ni semua perancangan kasar yang dibuat la.

Tak lupa jugak ada jugak quotation yang diminta oleh badan-badan koperat. Kalo ada rezeki tidak kemana. Ni pon aku post kat blog pasal ni pon pasal kira nak bikin market jugak la, hehe. Dari sorang member yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni, dia kata market dalam internet ni dianggar kan dalam 60%, offline promotion dalam 40%. Tengok, betapa pentingnyer promosi walopon online ataupon offline, kene sejajajar jek berjalan dia. Kalo geng2 sini ada idea marketing lagi bleh la kongsi2. Otak wa kadang2 terbatas gak pemikiran dia pasal semua nak pikir. Dialu2kan la idea yang bernas dan kurang bernas. Insyallah ......

Apr 9, 2009

Death for Altantuya's murderers

Harini dah ketahui yang pembunuh altantuya@aminah iaitu Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Nak kata berita ni gempar pon tak lah sangat pasal org lebih nak tau pasal sapa yang dilantik menjadi kabinet di bawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak. Walaucamana pun, aku cuma terpikir nasib yang menimpa dua org UTK ni. Yerlah, orang suruhan jek pon, takda sebab pon diorang nak bunuh minah monggolia ni. Mastermind cerita ni hanya dikatakan bersubahat. So, korang leh pikir sendiri la. Zaman skrg ni mastermind tak kene pasal dia tak buat. Yang buat kene tanggung.

rasa2 semua pasni nak jadik mastermind jek la kot kalo nak bikin jahat. hukuman tak la berat mana kan. chalossss!!

Apr 8, 2009

Dua Bukit, Satu Batang

Muahahahahaha, tajuk cam lucah jek, siol jek, wa baru perasan. Err, wa nak jek dua bukit tuh, takmau ah batang, kang kata gay plak, hehehe (sekadar selingan). Sedikit ulasan ringkas la pasal keputusan Pilihanraya Kecil bagi DUN Bukit Selambau (D35), DUN Batang Ai (D29) dan Parlimen Bukit Gantang (P59). Macam2 isu la kita dengar dari kempen2 dari setiap parti yg bertanding, kadang2 sampai kita naik muak, hehe. Isu lapuk, isu baru, propaganda, fitnah, tomahan, dan macam2 lagi lah. Macamana pon inilah pilihan rakyat bagi kawasan tersebut yang mana dalam sistem demokrasi, majoriti adalah pemenang.

D29 - Batang Ai

Malcom Mussen Lamoh (BN) - 3907
Jawah Gerang (PKR) - 2053

Majoriti - 1854
Peratus keluar mengundi 71.2%


D35 - Bukit Selambau

S Manikumar (PKR)- 12632
S Ganesan (BN)- 10229
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
Husaini Yaacob - 257
Mohd Fadzil Wahab - 83
Tan Hock Huat - 78
T Chandrarajan - 73
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
S Moganakumar - 46
A Jayagopal - 35
Venason Michael - 32
R Loganathan - 31
Khamis Awang - 29
Mohd Radhi Mat Lazim - 25

Majoriti - 2403
Peratus keluar mengundi 70.28%


P59 - Bukit Gantang

Datuk Seri Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) - 21860
Ismail Saffian BN - 19071
Kamarul Ramizu Idris - 62

Majoriti - 2789
Peratus keluar mengundi 75.1%


Pada yang berjaya diharap dapatlah menjadi wakil kepada rakyat yang memilih kamu, yang kalah terima lah dgn hati yang terbuka. Malaysia boleh!!! Satu Malaysia.

p/s= kecewa kerana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) blom lagi update keputusan rasmi nih. http://www.spr.gov.my/

(12.37 pagi - 8/4/09)

Apr 7, 2009

arggggghhhh!!!!


Dah tiru singapore nyer style la plak...... tensen betoi la, hehe. Tapi tetap takmau berenti lagi. muahahaha, apa nak jadik la. Ada menjadik gak la pembaharuan yang dibuat ni, ada sorang tuh dah takmau isap pasal takut tengok gambar2 yg gore brutal death ni. Tapi ada yang lagi teruk pon ada, siap tukar brand lain yg tarak gambar punya, ish, bahaya lagi main tukar2 ni. Rokok mmg bahaya, hehe. Rasa nak carik balik ah tembakau cap semut.

Apr 6, 2009

Printing Baju

Sabtu malam lepas aku pi tolong member aku print baju kat kedai dia. Yang best nyer dia pakai spoder print machine, 8 color 8 panel. Huh, best2. Job yang aku tolong dia ialah T-shirt Jamiroquai, artis interntional yang mai buat konsert kat F1 sepang. Design bagi aku simple, tapi menarik abis, satu kaler jek bikin depan belakang, tapi baju variasi nyer kaler. Tempahan dalam 200 helai, aku cuma dan buat skit bab printing silk screen plastisol dia, drying n packing. lenguh gak la tangan ni, haha. Sesapa yang nak tempah baju pasni aku leh amik order, pasal secara langsung nyer wa dah jadik ejen untuk member aku ni. Dan kalo berpeluang, insyallah aku beli sebijik mesin ni nanti. Chalossss ......


Aku tgh cetak baju sendiri


Adibeast tgh keringkan baju.


Hasil daripada aku, untuk kegunaan sendiri sahaja.



Baju Jamiroquai

Apr 4, 2009

Dua sudah join, yang lain bila lagi

yearghhhhhh, nampaknya geng nuffnang ku bertambah, satu perkembangan yang positif, so dengan ini aku umumkan penyertaan daripada kimi bloodletting http://darineraka.blogspot.com dan jugak rimi in torment http://tormenizedmind.blogspot.com/. So kawan2 liga nuffnang sekian, mari kita support satu sama lain, klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klikklik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik.


hahaha, jai jgn marah ekk ;p

Apr 2, 2009

Awas: Minuman Coca-Cola kandungi alkohol

Ceritanya begini, aku terjumpa satu buku resipi yang konon nya nak up jugak la kat sini tapi tak jadik pasalnye, bila baca ingredient dia, dalamnya mengandungi kandungan alkohol. Macam tak percaya jek. Tapi wa tak pasti plak yang kat Malaysia ni bahan2 yang digunakan tuh sama ke idak. Nak kene siasat skit ah. Kat bawah ni aku tunjuk sebahagian dari ingredient yang digunakan untuk membuat minumam coca-cola :-

















Bukan niat nak jatuhkan bisnes company ni tapi aku rasa benda ni umat islam patut tau. Maybe ada hukum yang aku taktau ke pasal ni. Contohnya seperti penggunaan dadah dalam ubat-ubatan. Wallahualam.

Mar 27, 2009

Resipi Starbuck la plak ....


Arituh KFC, kalini starbuck la plak, huh, so lepasni sapa yg bukak kopitiam tuh leh try n buat brand sendiri. Kopitiam la ni mmg dah jadik trend dalam bisnes, Starbuck antara kopitiam yg dah kukuh, lama bertapak dan tahap antarabangsa. Tuh pasal harga dia dah takbleh tahan, hehe

enjoy!!

Download

Mar 24, 2009

SickSociety Latest Video

latest video sicksociety last saturday kat Paul Place in Eastern Metal Fest Part 3.




Mar 23, 2009

Main blog bleh bikin duit woiiii

Haaa, apa lagi, cepat2 ah bikin blog, hehe. Pastuh mai belasah carik sen skit pakai blog korang.
Apa aku merepek ni, pada yang dah buat mmg dah paham, pada yang belom rasa patut kot kongsi skali ngan korang. Pasal ramai gak rakan2 aku yang ada blog tapi rugi la tak gunakan kesempatan yang ada, mmg la tak sampai juta2 dolar leh untung, at least ada gak duit free org nak bagi kan. Camana nak dapatkan sen tuh? jeng jeng jeng.....

Korang tentu pernah dengar pogram pay per click (PPC) contoh yang paling femes ialah google adsense. Ni international nyer pogram, tapi masih ada gak org2 kita yang berjaya menjana side income dari pogram ini. yang aku nak perkenalkan kat korang ialah NUFFNANG. Pogram yang sama gak cam PPC yang lain tapi base kat negara kita sendiri, Malaysia. Ditubuhkan oleh rakyat kita sendiri.

Nuffnang ni dah femes dikalangan blogers malaysia, dah ramai yang terima cek hasil dari usaha diorang promosikan nuffnang dan meletakkan nuffnang ni di blog diorang. Apa natang nuffnang ni. Ok, cerita dia gini, mudah, satu syarikat pengiklanan online yang menyediakan perkhidmatan iklan di blog2, bila iklan kuar kat blog korang, ada org klik jek lu dapat sen. mudah woi. Cuma yang perlu korang buat, suh member2 satu dunia klik iklan nuffnang tuh, hehe. so, potensi besar korang dapat banyak bila blog korang tuh ramai pelawat.

Nak tau lebih lanjut lagi bleh jek pi download ebook nuffnang kat sini.
Nuffnang e-book

Satu lagi cara, aku ada buat satu pakatan ngan geng2 blog aku ni cam berteromber, krenmaut, Tikamlidah, engrazman dan lain2. Pakatan yang mana kitaorang saling berkempen dan membalas klik iklan nuffnang masing2. Ko klik aku, aku klik ko balik, camtuh lah kononnya. Hehehe, cam budak2 jek. Brapa dah ek jumlah terkumpul korang ek.

Ha, satu lagi, nuffnang akan bayar korang setelah anda request payment anda. minimum payment ialah RM50 dan cas rm1 dikenekan untuk setiap request. Bayaran adalah dalam bentuk cek dan dalam nilai Ringgit Malaysia. Nanti kalo ada rezki aku dapat cek nanti aku publish la sini, kasik proof skit. Hehe.

Apa lagi, jom berNUFFNANG. yeahhhh!!!

Mar 19, 2009

Pesta Buku

Lately, MPH book store, Popular Book store n lain2 kerap bikin clearance sale. Contoh MPH, berturut2 dia nyer sale. Adakah ini salah satu faktor untuk galakkan org kita membaca or salah satu kesan krisis ekonomi global? Nak kata harga tuh kaw2 murah takda lah tapi berbaloi la beli, dapat diskaun 10%-30%. Stok buku lama mmg diskaun sampai 90%. Antara kempen sale yang berlaku saja bulan 3 ni ialah :

11-22/3 : Popular Clearance Sale
12-29/3: Monami School's Promotion
13-22/3: Times Book Fair Sale
14-22/3: MPH Clearance Sale (ni aku pi smalam)
5-8/3: Times World Book Day Sale
6-8/3: Pay Less Book Warehouse Sale
7-17: MPH Jimat Book Fair

info dari http://www.shoppingnsales.com


huh, baru intro jek tuh, hehe. Wa sebenarnya nak cerita yang smalam wa pegi MPH clearance sale kat Taman Mayang, PJ. Kat kedai makan terkenal tuh, William, ngan satu lagi Lim Kok Wing lama sebelum pindah ke Cyberjaya. Tujuan wa pegi saja nak buang masa, pasal smalam tarak kerja, jadik wa gi mengular, dari wa asyik main snuker jek kalo mengular, kalini wa gi tempat pesta buku ni.

Bila masuk jek kat tempat pameran tuh, niat wa nak carik buku muzik, iron maiden (konon nak riak skit la kat MM, taapi tak jumpa) dan buku pasal keusahawanan/bisnes. Dari satu rak ke satu rak, banyak novel english, yang mana aku rasa tak laku kot, hehe. Or mmg org kita tak suka baca english novel (aku salah sorangnya, hehe). Tapi tgk bebudak la paling enjoy, pasal banyak buku2 ketegori diorang berlonggok, sib baik anak aku baby lagi, kalo idak aku pon beli kat puteri aku ni.

Apa aku beli kat sana? ada la skit, jumpa buku pasal bisnes. Abis la gak kat rm50. 3 buah buku wa angkut, tapi semua dalam BM, hehe. Senang perasan kot time melonggok tuh. Satu buku pasal nak memulakan perniagaan dan contoh kertas kerja, satu pasal Wang dan Islam, dan satu lagi Muhammad, Usahawan Agung. ha, ada sekeping lagi wa beli untuk adik wa yang nak SPM, pasal persiapan sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. 100% malay title, sapot produk bumiputera, hehehe.

Tu jek lah cerita semalam, adios.

Mar 16, 2009

Percuma Buku Resipi KFC

Haaaa, wa terjumpa ebook resipi KFC, so, sesapa rasa nak try leh download n cuba. Dari ayam original recipies, hot n spicy, mash potato dan lain2, semua ada. Ha, sesapa yg dok boikot produk israel tak makan KFC tuh skrg tapi teringin gak nak makan leh cuba. dah cuba bagitau balik kat aku sebijik tak rasa dia, hehe, nanti nak suh try org rumah cuba nanti. enjoy!!

Muat turun disini: mediafire atau rapidshare

Arrrrggghhhhh!!!!!

Hadoi, kalah plak Manchester sabtu lepas..
apa nak buat dah kalah...
teruskan usaha ....
menang pon bukan leh potong standing kat liga, hehehe

Mar 10, 2009

Peraduan RekaTee 25 Tahun TV3

Rasanya semua dah tau kot pasal benda ni. So sesapa rasa dia kreatif try la join, free jek pon, mana tau ada rezeki bleh menang ka. Hadiah pon leh tahan beb.

Hadiah:
1st Prize: RM 10000
2nd Prize: RM 5000
3rd Prize: RM 3000
FINALISTS will receive t shirts and TV3 merchandises

DEADLINE: 1 April 2009
WEBSITE/URL: http://www.tv3.com.my/tv3_25th_anniversary/index.asp

Mar 4, 2009

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Public di Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita, ditranslatekan. PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?"

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?"
Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?"
Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore"
Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang!
Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Hahahaha, jgn mare ek geng singapore, just a joke. bosan ah arini :p

Feb 25, 2009

Lagi Baby Products Warehouse Sale

My Dear Warehouse Sales


Baby Carrier, Baby Pram, Baby Stroller, Car Seat, Children Slides, Tricycle and more.

26/2/2009 to 8/3/2009

34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
Puchong Selangor

www.mydear.com.my

------------------------------------------------------------------------

Mothercare Sales


28/2/2009 - 22/3/2009

http://www.mothercare.com.my/

Feb 24, 2009

Mencari Produa Kelisa (Used)

Sesapa ada kereta Produa kelisa yg nak jual, tak kisah tahun berapa, kalo bleh 1.0 (Manual or Auto), mileage cantek skit ah, harga bawah RM20k. Kasik kontek sama aku. Urgent!!!

kalo bleh Rm20k tuh termasuk proses tukar nama, puspakom n lain-lain.
anakan bayar 2ok cash.

TQ

Feb 20, 2009

Jusco Baby Fair 2009

19 February till 1 March 2009 Jusco Baby Fair

Products Offered
Baby wear, Baby wipes, Walker & etc.

Location

Check out your nearest Jusco outlet

www.jusco.com.my

Ai, sejak aku baru menimang baby 1st ni, mmg rambang mata dok tgk barang2 baby. Tambah lagi bila ada warehouse sale. Hahaha, pada kawan-kawan yang dah ada anak or pada yang tak lama lagi nak dapat baby, leh la usha2 sale yang ada. Berbelanja dengan bijak, bukan dengan tamak.

Ada satu lagi warehouse sale, nanti aku update.

Jawab Survey Dapat Sen (duit ler)


Hah, camana tuh? Betoi ka dapat duit?

Apa plak tak betoi nya, dapat la, cuma tau-tau jek la term untuk bikin duit online ni. Dapat 20sen leh terus cash out. At least RM 50. So ni adalah promosi untuk aku carik duit gak la, sekali invite org join bawah kita dapat 40sen tuh, hehehe. Sapa nak bagi 40sen free?

Ok, citer pasal pogram carik duit ikut internet ni, kita ada nuffnang (malaysian company), adsense, bitvertiser dan macam-macam lagi lah. Tapi ini semua kene tunggu orang klik kat iklan dalam page kita baru dapat sen. Nak tunggu orang klik pon leh tahan la berjanggut, sampai kene merayu or buat kempen sesama sendiri la, haha.

Benda yang aku nak perkenalkan ni ialah kita jawab survey, kita dapat bayaran. Soalan akan diberi setelah kita daftar kat http://youthsays.com. So, apa lagi, regisyter la. Tak rugi pon cuba, benda orang nak bagi duit free, sebat jek la. So, cam aku invite korang ni pon leh dapat sen gak. Nak tgk bukti pembayaran ke, ajak ramai2 join bawah aku, biar aku sampai rm 50 dulu, tgk nanti dapat cek ke tak, hehe. Stakat ni lagi RM48.50 lagi utk aku capai target. keh keh keh. Mari-mari mencuba.

Feb 19, 2009

Music Instrument Flee Market

Date: 27/2/09
Vanue: Paul Place, Klang Lama

Woooooo, ada barang-barang gitar murah-murah ke? Hmm, wa rasa ni la 1st time benda camgini ada, dan harap sambutan best la kot. Nanti wa try singgah, mana tau ada benda-benda best leh angkut ke? Sesapa kat luar sana yang ada instrument muzik yang dah tak nak pakai bleh la jual kat sini. Cargassssss!!!

Feb 18, 2009

Masyukkkkkk

hehe, saja jek, nak mintak korang klik kat advertisement nuffnang gua, bukan senang iklan masuk kat blog gua ni, hehe.




Berita Gempak yang tak brapa masuk akal

saja nak ngarut skit, minggu ni wa dikejutkan ngan berita yang dipetik dari myspace. Apa tuh? jeng... jeng... jeng....

----------------------------------------------------------------------------------------
Rotting Christ ada announce tour date dia yang mana Malaysia termasuk dalam senarai. Pehhhhhh, kalo betol la, mmg best ah. Tapi siapa yang organise ni? bukan nak nyibuk nak mintak jadik crew ke, nak masuk free ke, cuma nak tau sapa n nak kepastian yang sememangnya dia ada deal ka sama ini band. Mayhem dulu dah hampir pasti datang sini tapi kecoh isu black metal sampai parlimen. Behemoth plak ada teknikal problem last minit. arghhhhhhh!!!

09 May 2009 MAL Shah Alam, Selangor @ Stadium Malawati
http://www.myspace.com/rottingchristabyss

----------------------------------------------------------------------------------------
Ha, ni satu lagi cerita band luar nak datang main kat Malaysia gak, tapi taktau sapa yang organise gak. ishhhh. kalo betul mai wa try nak attend ah itu gigs. Band yang aku maksudkan ialah Condamned (Brutal Death). Pun sama, ada announce dalam myspace gak. Cerita dia aku dapat tau bila tgh lepak-lepak ngan adib Sicksociety tadi, ada budak (Acap Incarcerate/Reza Reverb Prod) call tanya pasal sapa organise condamned turun sini. Ish, ramai band yang nak perform kat sini, tapi apakan daya.

CONDEMNED Tours Indo/Malaysia in JUNE!!:
http://www.myspace.com/condemnedmetal

24-3-2009: Malevolent Creation Live in Singapore


Live in Singapore
24/03/2009
Time : 8pm
Venue : Substation

Malevolent Creation tuhhh..... another big name dalam arena death metal. Aduhaiiii, terasa hati macam nak pi jek, tapi apakan daya, tarikh kedatangan mereka jatuh pada ari selasa, dah sah-sah paling komen kene amik 2 or 3 hari cuti. Mana la nak dapat kan. Maka, peluang aku untuk ke sana menyaksikan band yang best ni terlepas camtuh jek la. Biar orang nak kata poser ke pasal tak pi, biar orang nak cakap apa pun, yang aku tau kalo aku pi sana duit aku abis, hehehe, sesapa leh tolong aku beli baju tour depa ek? :p



Feb 16, 2009

D'Carbo


Kereta korang kureng power? semput? susah nak start pagi-pagi? Kuat bantai minyak?

haaaaaa, sekarang ni ada satu cara yang mana dah dicuba oleh kereta aku, pak aku, mak aku, atok aku, kawan-kawan adik aku. insyallah feedback yg positif aku dapat. benda ni aku nak tolong adik aku, dia dah jadik ejen jual produk ni. so sapa nak try leh kontek adik aku.

OK, secara ringkas pasal benda ni :

D'carbo adalah sejenis minyak yang digunakan untuk membersihkan karbon dalam enjin kereta. Produk ni adalah hasil teknologi yang dibangunkan di German. Yang mana telah mula femes kat negara kita ni. Pembersihan karbon dalam enjin kereta akan mengoptimumkan prestasi enjin. Secara tak langsung jugak, pembakaran petrol dalam enjin jugak akan lebih sempurna. So, bila in terjadi, otomatik kereta kita akan naik skit power dia n jimat skit petrol yang digunakan.

Pada sesapa yang berminat nak try terutamanya di kawasan lembah klang, bleh diract hubungi adik aku (Anip - 0129072855). Lu orang call sama dia kata aku rekemen, dia akan pi buat kat keter hangpa diract. Harga yang adik aku offer RM 40 yang mana lebih rendah dari harga market or dari penjual lain. Market harga dalam RM 52. Adik aku ejen, amik stok sekali berkotak-kotak, so harga dapat lagi murah la, so leh la jual murah kan.

Apa lagi, kalo mau try kasik call cepat2 ahh.

more detail leh usha kat sini :- http://www.dcarbo2u.com



March Metal Gigs

CHAOS COLONY
Vanue: Ampang, Selangor
Date: 1st March 2009

--------------------------------------------------------------------
EKSTRIM TERRORISM III
Vanue: Kota Bharu, Kelantan
Date: 7th March 2009

--------------------------------------------------------------------
Sil Khannaz: Live at SIBU
Vanue: Sibu, Sarawak
Date: 8th March 2009

--------------------------------------------------------------------
EASTERN METAL FEST 3
Vanue: Kuala Lumpur
Date: 21st March 2009

--------------------------------------------------------------------
A TRIBUTE TO DEATH
Vanue: Kuala Lumpur
Date: 28th March 2009

--------------------------------------------------------------------
SMF: 10th Anniversary
Vanue: Kuching, Sarawak
Date: 28th March 2009

Malaysian Death Metal 2008

Malaysian Death Metal (MYDM) adalah sebuah komuniti yang meminati muzik ekstrim death metal di Malaysia yang mana ditunjangi oleh beberapa penggiat muzik metal underground. Komuniti ini secara tidak langsung telah menjalinkan hubungan yg agak rapat dengan komuniti death metal dari Singapura dan Indonesia.

Tanggal 29 June 2008, buat julungkalinya komuniti MYDM telah menganjurkan pertunjukan pentas yang dikenali sebagai MYDM 2008 (Malaysian Death Fest). Antara band-band yang terlibat ialah Akaren (Selangor), Incarcerate (Kelantan), Necrotic Chaos (Perak), Innards Decay (Selangor), Psyrosix (Pulau Pinang), Sicksociety (Selangor), In Torment (Kelantan), Bilharzia (Perak) dan Cardiac Necropsy (Singapura). Perjalanan gigs ini boleh dibaca di mentharas.com.

Kesinambungan daripada gigs yang dianjurkan, pihak NeoChronicles Productions telah mengeluarkan sebuah VCD yang dirakam semasa berlangsungnya gigs tersebut. Video ini boleh didapati di kedai-kedai muzik yang terpilih atau boleh juga didapat daripada pihak NeoChronicles Productions sendiri dengan harga RM20.00 sahaja.




Feb 2, 2009

Gerak Usahawan Nasional 2009

Pada sesiapa yang mempunyai minat utk berniaga dan jadi usahawan, jom pakat ramai2 kita pergi lepak kat PWTC hujung minggu ni. Mana la tau ada rezki kita ke. Pameran ni adalah di bawah anjuran Kementerian Usahawan dan Koperasi (MECD).


MASA : 10.00 PAGI – 8.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN TUN RAZAK 1 , 2 & 3 PWTC, KUALA LUMPUR
TARIKH: 6 – 8 FEBRUARI 2009
PELANCARAN OLEH YAB PERDANA MENTERI - 9.30 PAGI

nak tau lebih lanjut klik sini.

Feb 1, 2009

Mulanya blog aku plak

Tak reti wei aku nak intro2 bagai
mai layan video ni
pastuh komen
hahaha



enjoy!!!