Feb 16, 2009

Malaysian Death Metal 2008

Malaysian Death Metal (MYDM) adalah sebuah komuniti yang meminati muzik ekstrim death metal di Malaysia yang mana ditunjangi oleh beberapa penggiat muzik metal underground. Komuniti ini secara tidak langsung telah menjalinkan hubungan yg agak rapat dengan komuniti death metal dari Singapura dan Indonesia.

Tanggal 29 June 2008, buat julungkalinya komuniti MYDM telah menganjurkan pertunjukan pentas yang dikenali sebagai MYDM 2008 (Malaysian Death Fest). Antara band-band yang terlibat ialah Akaren (Selangor), Incarcerate (Kelantan), Necrotic Chaos (Perak), Innards Decay (Selangor), Psyrosix (Pulau Pinang), Sicksociety (Selangor), In Torment (Kelantan), Bilharzia (Perak) dan Cardiac Necropsy (Singapura). Perjalanan gigs ini boleh dibaca di mentharas.com.

Kesinambungan daripada gigs yang dianjurkan, pihak NeoChronicles Productions telah mengeluarkan sebuah VCD yang dirakam semasa berlangsungnya gigs tersebut. Video ini boleh didapati di kedai-kedai muzik yang terpilih atau boleh juga didapat daripada pihak NeoChronicles Productions sendiri dengan harga RM20.00 sahaja.




0 pandangan: