Mar 23, 2009

Main blog bleh bikin duit woiiii

Haaa, apa lagi, cepat2 ah bikin blog, hehe. Pastuh mai belasah carik sen skit pakai blog korang.
Apa aku merepek ni, pada yang dah buat mmg dah paham, pada yang belom rasa patut kot kongsi skali ngan korang. Pasal ramai gak rakan2 aku yang ada blog tapi rugi la tak gunakan kesempatan yang ada, mmg la tak sampai juta2 dolar leh untung, at least ada gak duit free org nak bagi kan. Camana nak dapatkan sen tuh? jeng jeng jeng.....

Korang tentu pernah dengar pogram pay per click (PPC) contoh yang paling femes ialah google adsense. Ni international nyer pogram, tapi masih ada gak org2 kita yang berjaya menjana side income dari pogram ini. yang aku nak perkenalkan kat korang ialah NUFFNANG. Pogram yang sama gak cam PPC yang lain tapi base kat negara kita sendiri, Malaysia. Ditubuhkan oleh rakyat kita sendiri.

Nuffnang ni dah femes dikalangan blogers malaysia, dah ramai yang terima cek hasil dari usaha diorang promosikan nuffnang dan meletakkan nuffnang ni di blog diorang. Apa natang nuffnang ni. Ok, cerita dia gini, mudah, satu syarikat pengiklanan online yang menyediakan perkhidmatan iklan di blog2, bila iklan kuar kat blog korang, ada org klik jek lu dapat sen. mudah woi. Cuma yang perlu korang buat, suh member2 satu dunia klik iklan nuffnang tuh, hehe. so, potensi besar korang dapat banyak bila blog korang tuh ramai pelawat.

Nak tau lebih lanjut lagi bleh jek pi download ebook nuffnang kat sini.
Nuffnang e-book

Satu lagi cara, aku ada buat satu pakatan ngan geng2 blog aku ni cam berteromber, krenmaut, Tikamlidah, engrazman dan lain2. Pakatan yang mana kitaorang saling berkempen dan membalas klik iklan nuffnang masing2. Ko klik aku, aku klik ko balik, camtuh lah kononnya. Hehehe, cam budak2 jek. Brapa dah ek jumlah terkumpul korang ek.

Ha, satu lagi, nuffnang akan bayar korang setelah anda request payment anda. minimum payment ialah RM50 dan cas rm1 dikenekan untuk setiap request. Bayaran adalah dalam bentuk cek dan dalam nilai Ringgit Malaysia. Nanti kalo ada rezki aku dapat cek nanti aku publish la sini, kasik proof skit. Hehe.

Apa lagi, jom berNUFFNANG. yeahhhh!!!

2 pandangan:

Anonymous said...

ceh ngko dah jadi agen nuffnang plak dah hahahah wooiii mudah.com jalan buffered campaign kat nuffnang.. klik mudah kat tpt aku wakakakaka

berteromber said...

agak2 bila la nak dapat RM50 ni...jenuh nak menunggu kalau takat lu dan gua je yg klik2 ni...hahaha...