Showing posts with label Metal. Show all posts
Showing posts with label Metal. Show all posts

May 7, 2009

Vociferation Eternity Tee (Real Pix)


pandangan depan dan blakang


Close up

Ini dia hasil dari prototype yg aku up tempoh hari, 100% di print oleh tgn aku sendiri. Walopon ada skit masalah ytime nak print akhirnya siap gak pada 2 Mei 2009 kul 5 pagi. Time gigs MetalcampII, hampir separuh stok dah abis, so tinggal lagi separuh. Alhamdulillah. Sesapa nak beli secara online leh email aku ( auk_s@yahoo.com or nekrademus@gmail.com ). Harga termasuk postage ialah RM35. Nak transfer duit leh pakai maybank kepada akaun 114496049642 di atas nama MUHAMMAD ZAKI BIN ILIAS. Stok skali abis no reprint dah, daie kata nak bikin baju utk album plak pas ni.

May 4, 2009

KL Metalcamp 2 short report

Huh, akhirnya majlis ni berlangsung ngan jayanya pada sabtu lepas. Apa yang boleh aku katakan, ianya sebuah event yang grand bagi peminat metal malaysia. Dan ianya merupakan acara tahunan yang cuba dijayakan oleh pihak Nebiula Prod. dan Thy Syndicate. Pihak Neochronicles jugak berbesar hati dapat turut sama memberikan sedikit sumbangan kecil pada hari itu.

As usual aku sampai dalam kul 1, time tuh tgh berlangsungnya soundcheck. Lebih kurang kul 3 baru bermulanya gigs ni. Crowd mula masuk tanpa henti, suasana cam biasa la kat MCPA, masuk2 jek terus usha2 stuff yang dijual. Aku pon jual gak, dapat tender jual air (thanx orga) n aku jual tshirt voci yang baru siap print pada kul 5 pagi. hehe. Band pertama yang dipertanggungjawabkan ialah Vociferation Eternity.

Vociferation Eternity
Melodic Metal yang ditunjangi oleh saudara Daie. Apa nak kata lagi band ni, crowd enjoy n sing along. Playlist dari rilisan mereka (ocean myth/meadow's yearn) diikuti dengan sebuah lagu baru "Chant of Sadness" dan cover dari SYJ "orang timur". Depa berjaya menghangatkan suasana walopon sebagai opening band.

Brain Dead
Death old school n setuhan thrash, mmg gamat yang amat sangat, setlist yang best. Paling best bawak lagu dari Dark Live Collection. Mmg gerek ah ini band.

Negation
ini band mmg kasik panas ah itu hari, tight, mantap, buas n bla bla bla. Lagendary grindcore. Crowd pon menggila cam hapa ntah. Dorang akan perform di bangkok bulan june nanti.

Nuclear Strike
Kajang heavy metal mania. Band ni power, vox pon leh tahan, hehe. Cuma sedikit bosan pasal band2 sebelum ni semua keras2 n berat2. Lagipon wa kureng masyuk ah ini band.

Mistik
Huh, enjoy ah, setlist lagu pon mmg memorable. Paling menyengat time lagu Air mata sesalan n Perjanjian Syaitan.

Fleurs Du Mal
Metal chicks from temasek. Main Brutal death yang bleh tahan la, cuma tarikan seksual yang tekleh tahan. Crowd tak havoc sgt pasal terpesona ngan line up band ni kot. Ok la band ni, cuma sound gitar tuh nyaring sgt. tak death metal pon. Hehe. (lebih kurang sicksociety ah)

Aradia
Pon bagi aku tak dapat saingi 3 band awal dari segi bestnyer peformance, tapi bila main lagu As i am heir of the throne, wa teringat balik riff2 lagu ni.

Athotorgh
Memang kene duduk sebagai last band. Crowd kembali mengganas. Semua lagu dorang wa layan kecuali satu lagu yang apa tajuknya ek, lagu baru katanya. Encore ngan Adik NC amik alih bass untuk lagu dari Sodom "Ausgebombt". Mmg best.

Tuh dia, sempoi2 jek. apa lagi nak kata, event of the year la. Tahun depan harap dapat bikin open air plak, hahaha. manala nak tau kan. Overall gigs ni mmg hangat (pasal econ rosak n bandlist yg power2). Crowd yang datang wa anggarkan lebih dari 500 orang (cecah kot 700).
Maka tersenyum la organiser sampai ke belakang tengkok, haha. BEST BEST BEST.


ps=gambar wa tarak amik pon, lupa bawak kamera n sibuk jual stuff, ;P

Apr 29, 2009

Tak Jadik jugakkkkk

Chewah, kalo jadik pon cam lepas jek dari penjara kasih, muahahaha. Latest news dari singapore, Morbid Angel pon tak jadik perform kat sana. Mmg sah la kene pi metalcamp lagu ni, kalo idak gian wooo, hahahaha. Itu jek aku nak bagitau, TQ.

Apr 28, 2009

Susulan 18 Feb 2009

Coretan 18 Feb 2009.

Ini kira lanjutan lah dari apa yg aku tulis 18 feb lepas, iaitu cerita pasal kedatangan Rooting Christ n Condamned ke Malaysia untuk adakan show tour diorang. Rata2 yang dah tau cerita ni, cuma aku nak bagitau lagi skali jek untuk kepastian. Kedua2 band ni tak berkesempatan turun lagi ke tanah melayu. Alasan2 yg dikeluarkan oleh pihak penganjur amatlah mendukacitakan. So, apa leh buat, minggu ni jek la kalu mau layan gigs pon. Metalcamp2.

Bulan jun 2009, Morbid Angel di singapore, yeahhhh!!

Apr 22, 2009

Vociferation Eternity Official T-Shirt

Minggu lepas n minggu ni dok buang masa bikin design tshirt untuk band yang ntah best ke idak, ;p , iaitu Vociferation Eternity. Punya la banyak songeh ini band, itu tak kene, ini tak kene, hahaha. Tapi alhamdulillah setel gak smalam n terus pi anto bikin film (negative image) n maybe sok lusa baru bleh bikin blok. Baju kosong pon dah pi tempah custom made lagi. Bro daie, jgn mare ek, tq pasal bagi job ni kat wa.

Officially baju ni akan dijual time metalcamp nanti, insyallah. Untuk pre-order blom bukak lagi, sabau2. Tapi, time metalcamp nanti harga dia spesel la skit, nanti dah masuk kedai2 harga dah jadik standart balik. So, bawak duit lebih, banyak stuff dijual nanti kat metalcamp, n jom layan band2 yang gila babas nanti. Aradia, Atotok, Voci, FDM (yum2), Nuclear Strike, Negation (arghhh), Mistik n Brain Dead.

(Lebih kurang camgini ah design dia, nanti wa up real nyer tshirt plak)

Mar 24, 2009

SickSociety Latest Video

latest video sicksociety last saturday kat Paul Place in Eastern Metal Fest Part 3.




Feb 18, 2009

Berita Gempak yang tak brapa masuk akal

saja nak ngarut skit, minggu ni wa dikejutkan ngan berita yang dipetik dari myspace. Apa tuh? jeng... jeng... jeng....

----------------------------------------------------------------------------------------
Rotting Christ ada announce tour date dia yang mana Malaysia termasuk dalam senarai. Pehhhhhh, kalo betol la, mmg best ah. Tapi siapa yang organise ni? bukan nak nyibuk nak mintak jadik crew ke, nak masuk free ke, cuma nak tau sapa n nak kepastian yang sememangnya dia ada deal ka sama ini band. Mayhem dulu dah hampir pasti datang sini tapi kecoh isu black metal sampai parlimen. Behemoth plak ada teknikal problem last minit. arghhhhhhh!!!

09 May 2009 MAL Shah Alam, Selangor @ Stadium Malawati
http://www.myspace.com/rottingchristabyss

----------------------------------------------------------------------------------------
Ha, ni satu lagi cerita band luar nak datang main kat Malaysia gak, tapi taktau sapa yang organise gak. ishhhh. kalo betul mai wa try nak attend ah itu gigs. Band yang aku maksudkan ialah Condamned (Brutal Death). Pun sama, ada announce dalam myspace gak. Cerita dia aku dapat tau bila tgh lepak-lepak ngan adib Sicksociety tadi, ada budak (Acap Incarcerate/Reza Reverb Prod) call tanya pasal sapa organise condamned turun sini. Ish, ramai band yang nak perform kat sini, tapi apakan daya.

CONDEMNED Tours Indo/Malaysia in JUNE!!:
http://www.myspace.com/condemnedmetal

24-3-2009: Malevolent Creation Live in Singapore


Live in Singapore
24/03/2009
Time : 8pm
Venue : Substation

Malevolent Creation tuhhh..... another big name dalam arena death metal. Aduhaiiii, terasa hati macam nak pi jek, tapi apakan daya, tarikh kedatangan mereka jatuh pada ari selasa, dah sah-sah paling komen kene amik 2 or 3 hari cuti. Mana la nak dapat kan. Maka, peluang aku untuk ke sana menyaksikan band yang best ni terlepas camtuh jek la. Biar orang nak kata poser ke pasal tak pi, biar orang nak cakap apa pun, yang aku tau kalo aku pi sana duit aku abis, hehehe, sesapa leh tolong aku beli baju tour depa ek? :p



Feb 16, 2009

March Metal Gigs

CHAOS COLONY
Vanue: Ampang, Selangor
Date: 1st March 2009

--------------------------------------------------------------------
EKSTRIM TERRORISM III
Vanue: Kota Bharu, Kelantan
Date: 7th March 2009

--------------------------------------------------------------------
Sil Khannaz: Live at SIBU
Vanue: Sibu, Sarawak
Date: 8th March 2009

--------------------------------------------------------------------
EASTERN METAL FEST 3
Vanue: Kuala Lumpur
Date: 21st March 2009

--------------------------------------------------------------------
A TRIBUTE TO DEATH
Vanue: Kuala Lumpur
Date: 28th March 2009

--------------------------------------------------------------------
SMF: 10th Anniversary
Vanue: Kuching, Sarawak
Date: 28th March 2009

Malaysian Death Metal 2008

Malaysian Death Metal (MYDM) adalah sebuah komuniti yang meminati muzik ekstrim death metal di Malaysia yang mana ditunjangi oleh beberapa penggiat muzik metal underground. Komuniti ini secara tidak langsung telah menjalinkan hubungan yg agak rapat dengan komuniti death metal dari Singapura dan Indonesia.

Tanggal 29 June 2008, buat julungkalinya komuniti MYDM telah menganjurkan pertunjukan pentas yang dikenali sebagai MYDM 2008 (Malaysian Death Fest). Antara band-band yang terlibat ialah Akaren (Selangor), Incarcerate (Kelantan), Necrotic Chaos (Perak), Innards Decay (Selangor), Psyrosix (Pulau Pinang), Sicksociety (Selangor), In Torment (Kelantan), Bilharzia (Perak) dan Cardiac Necropsy (Singapura). Perjalanan gigs ini boleh dibaca di mentharas.com.

Kesinambungan daripada gigs yang dianjurkan, pihak NeoChronicles Productions telah mengeluarkan sebuah VCD yang dirakam semasa berlangsungnya gigs tersebut. Video ini boleh didapati di kedai-kedai muzik yang terpilih atau boleh juga didapat daripada pihak NeoChronicles Productions sendiri dengan harga RM20.00 sahaja.