Apr 15, 2009

Marketing

Huh, minggu ni sibuk dok buat keje konon nya ala2 sales marketing untuk satu projek yang mana wa akan mulakan secara komersil. Apa lagi printing baju la, hehe. Walopon saingan antara pencetak t shirt yang tinggi di KL ni, tapi bagi aku ianya tarak masalah. Masih ada rezeki untuk kita masing, cuma kene bersaing cara sihat jek la. Buat apa mau gaduh2 sama sendiri, lagi ramai yang buat lagi bagus bagi aku, cuma camana kita nak adakan network antara pencetak ni. At least bila ada job yang tak mampu nak bikin or tak sempat nak kejar bleh la subkan job tuh kat network2 yang lain, so sesama dapat sedikit keuntungan. Yang perlu ada skarang networking jek la, pasal memasing ada customer dia.

Alhamdulillah, ada la skit job skrg ni yang dah masuk walaupon kawan-kawan nyer job. Terima kasih kerana bagi sokongan. Cuma sekarang ni dok plan camana mau masuk market student2 kolej dan universiti swasta terutamanya sekita PJ dulu. Ada la beberapa plan yang dah dirangka dan insyallah akan dimulakan secepat yang mungkin. Promosi kene cantik dan berterusan. Rajin tangga kejayaan. PJ saja dah ada kat 20 lebih kolej/ipts dan lebih kurang 60 lebih skolah rendah dan menengah. Wow, peluang yang mesti direbut. Target permulaan ni biar sebulan dapat la lebih kurang 500 helai baju yang dikeluarkan. Ni semua perancangan kasar yang dibuat la.

Tak lupa jugak ada jugak quotation yang diminta oleh badan-badan koperat. Kalo ada rezeki tidak kemana. Ni pon aku post kat blog pasal ni pon pasal kira nak bikin market jugak la, hehe. Dari sorang member yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni, dia kata market dalam internet ni dianggar kan dalam 60%, offline promotion dalam 40%. Tengok, betapa pentingnyer promosi walopon online ataupon offline, kene sejajajar jek berjalan dia. Kalo geng2 sini ada idea marketing lagi bleh la kongsi2. Otak wa kadang2 terbatas gak pemikiran dia pasal semua nak pikir. Dialu2kan la idea yang bernas dan kurang bernas. Insyallah ......

6 pandangan:

Jairo said...

go auks... kalau nak harap nuffnang jer lambat lagi.. kelmarin pikrama dah meroyang suruh kita klik adsense MT forum hehehehehe

Jairo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
eddie dewanaga said...

bro, cuba lu print baju yg ada logo blogger, pastu offer la kat sini.. mana la tau ada org minat ke...

bikin sample je dulu, kalau ada demand, baru bikin banyak2.

berteromber said...

auk...aku ada kawan buat printing kat jb...dia ni memang dah berjaya la..co pun dah besar kedai 3 tingkat...mesin ratus2 ribu..pakai estima..

dia nasihat kalau nak start tu...mula2 lu pergi kedai2 printing besar tu...try cari kerja2 sub dulu..kasi establish kualiti dan nama kita dulu...pastu lu pelan2 la nego direct ngan client co. yg lu dpt sub job tu...(bunyi macam jahat...tapi bisnes kena camgini...nasib baik dapat...hahaha)

satu lagi kalau nak masuk sekolah2...lu kena himpit cikgu2 yang pegang co-curiculum..(er..blood tak pegang co-curiculum eh?)...dan saguhati sebagai minyak pelincir sudah mesti...hehe...tapi sekolah bermusim...akhir tahun dan awal tahun je...terutama masa hari sukan...yang sentiasa co. swasta la...family day ker apa...tapi tu la...muka kena manis...kontek kena kuat...marketing dan kualiti serta cepat siap paling penting dlm bisnes printing ni...

gua doa lu berjaya la...pastu boleh la open table seround dua...haha..

Auk's de Nekrademus said...

Eddie: Bukan takleh buat apa idea lu tuh, mmg menarik, cuma minimum production tuh lebih kurang 40 lai, pasal ni pakai mesin semi auto, selai2 nak test market kene bikin tangan jek. anyway thanx bro.

Tresyed: Tq pasal tips yang ko kongsi tuh, kene kerja keras lagi ah pasni, hehe, bebaru ni ada org sub job Suhan prod pon dah semput, 6000 lai beb, stakat arini bari siap 1000 jek, hehe. Sib baik Pilih Kasih tgh dok audisi lagi.

Azman Ali said...

pehhh well done bro...seronok dpt job byk2 mcm nih...tersengih je bile dpt..hehe..wa pon tgh jalan 2,3 projek nih..tgh pening gak laa...
congratz bro!!