Apr 29, 2009

Tak Jadik jugakkkkk

Chewah, kalo jadik pon cam lepas jek dari penjara kasih, muahahaha. Latest news dari singapore, Morbid Angel pon tak jadik perform kat sana. Mmg sah la kene pi metalcamp lagu ni, kalo idak gian wooo, hahahaha. Itu jek aku nak bagitau, TQ.

Apr 28, 2009

Susulan 18 Feb 2009

Coretan 18 Feb 2009.

Ini kira lanjutan lah dari apa yg aku tulis 18 feb lepas, iaitu cerita pasal kedatangan Rooting Christ n Condamned ke Malaysia untuk adakan show tour diorang. Rata2 yang dah tau cerita ni, cuma aku nak bagitau lagi skali jek untuk kepastian. Kedua2 band ni tak berkesempatan turun lagi ke tanah melayu. Alasan2 yg dikeluarkan oleh pihak penganjur amatlah mendukacitakan. So, apa leh buat, minggu ni jek la kalu mau layan gigs pon. Metalcamp2.

Bulan jun 2009, Morbid Angel di singapore, yeahhhh!!

Apr 22, 2009

Vociferation Eternity Official T-Shirt

Minggu lepas n minggu ni dok buang masa bikin design tshirt untuk band yang ntah best ke idak, ;p , iaitu Vociferation Eternity. Punya la banyak songeh ini band, itu tak kene, ini tak kene, hahaha. Tapi alhamdulillah setel gak smalam n terus pi anto bikin film (negative image) n maybe sok lusa baru bleh bikin blok. Baju kosong pon dah pi tempah custom made lagi. Bro daie, jgn mare ek, tq pasal bagi job ni kat wa.

Officially baju ni akan dijual time metalcamp nanti, insyallah. Untuk pre-order blom bukak lagi, sabau2. Tapi, time metalcamp nanti harga dia spesel la skit, nanti dah masuk kedai2 harga dah jadik standart balik. So, bawak duit lebih, banyak stuff dijual nanti kat metalcamp, n jom layan band2 yang gila babas nanti. Aradia, Atotok, Voci, FDM (yum2), Nuclear Strike, Negation (arghhh), Mistik n Brain Dead.

(Lebih kurang camgini ah design dia, nanti wa up real nyer tshirt plak)

Apr 16, 2009

KL Metalcamp Part 2

Apr 15, 2009

Marketing

Huh, minggu ni sibuk dok buat keje konon nya ala2 sales marketing untuk satu projek yang mana wa akan mulakan secara komersil. Apa lagi printing baju la, hehe. Walopon saingan antara pencetak t shirt yang tinggi di KL ni, tapi bagi aku ianya tarak masalah. Masih ada rezeki untuk kita masing, cuma kene bersaing cara sihat jek la. Buat apa mau gaduh2 sama sendiri, lagi ramai yang buat lagi bagus bagi aku, cuma camana kita nak adakan network antara pencetak ni. At least bila ada job yang tak mampu nak bikin or tak sempat nak kejar bleh la subkan job tuh kat network2 yang lain, so sesama dapat sedikit keuntungan. Yang perlu ada skarang networking jek la, pasal memasing ada customer dia.

Alhamdulillah, ada la skit job skrg ni yang dah masuk walaupon kawan-kawan nyer job. Terima kasih kerana bagi sokongan. Cuma sekarang ni dok plan camana mau masuk market student2 kolej dan universiti swasta terutamanya sekita PJ dulu. Ada la beberapa plan yang dah dirangka dan insyallah akan dimulakan secepat yang mungkin. Promosi kene cantik dan berterusan. Rajin tangga kejayaan. PJ saja dah ada kat 20 lebih kolej/ipts dan lebih kurang 60 lebih skolah rendah dan menengah. Wow, peluang yang mesti direbut. Target permulaan ni biar sebulan dapat la lebih kurang 500 helai baju yang dikeluarkan. Ni semua perancangan kasar yang dibuat la.

Tak lupa jugak ada jugak quotation yang diminta oleh badan-badan koperat. Kalo ada rezeki tidak kemana. Ni pon aku post kat blog pasal ni pon pasal kira nak bikin market jugak la, hehe. Dari sorang member yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni, dia kata market dalam internet ni dianggar kan dalam 60%, offline promotion dalam 40%. Tengok, betapa pentingnyer promosi walopon online ataupon offline, kene sejajajar jek berjalan dia. Kalo geng2 sini ada idea marketing lagi bleh la kongsi2. Otak wa kadang2 terbatas gak pemikiran dia pasal semua nak pikir. Dialu2kan la idea yang bernas dan kurang bernas. Insyallah ......

Apr 9, 2009

Death for Altantuya's murderers

Harini dah ketahui yang pembunuh altantuya@aminah iaitu Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Nak kata berita ni gempar pon tak lah sangat pasal org lebih nak tau pasal sapa yang dilantik menjadi kabinet di bawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak. Walaucamana pun, aku cuma terpikir nasib yang menimpa dua org UTK ni. Yerlah, orang suruhan jek pon, takda sebab pon diorang nak bunuh minah monggolia ni. Mastermind cerita ni hanya dikatakan bersubahat. So, korang leh pikir sendiri la. Zaman skrg ni mastermind tak kene pasal dia tak buat. Yang buat kene tanggung.

rasa2 semua pasni nak jadik mastermind jek la kot kalo nak bikin jahat. hukuman tak la berat mana kan. chalossss!!

Apr 8, 2009

Dua Bukit, Satu Batang

Muahahahahaha, tajuk cam lucah jek, siol jek, wa baru perasan. Err, wa nak jek dua bukit tuh, takmau ah batang, kang kata gay plak, hehehe (sekadar selingan). Sedikit ulasan ringkas la pasal keputusan Pilihanraya Kecil bagi DUN Bukit Selambau (D35), DUN Batang Ai (D29) dan Parlimen Bukit Gantang (P59). Macam2 isu la kita dengar dari kempen2 dari setiap parti yg bertanding, kadang2 sampai kita naik muak, hehe. Isu lapuk, isu baru, propaganda, fitnah, tomahan, dan macam2 lagi lah. Macamana pon inilah pilihan rakyat bagi kawasan tersebut yang mana dalam sistem demokrasi, majoriti adalah pemenang.

D29 - Batang Ai

Malcom Mussen Lamoh (BN) - 3907
Jawah Gerang (PKR) - 2053

Majoriti - 1854
Peratus keluar mengundi 71.2%


D35 - Bukit Selambau

S Manikumar (PKR)- 12632
S Ganesan (BN)- 10229
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
Husaini Yaacob - 257
Mohd Fadzil Wahab - 83
Tan Hock Huat - 78
T Chandrarajan - 73
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
S Moganakumar - 46
A Jayagopal - 35
Venason Michael - 32
R Loganathan - 31
Khamis Awang - 29
Mohd Radhi Mat Lazim - 25

Majoriti - 2403
Peratus keluar mengundi 70.28%


P59 - Bukit Gantang

Datuk Seri Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) - 21860
Ismail Saffian BN - 19071
Kamarul Ramizu Idris - 62

Majoriti - 2789
Peratus keluar mengundi 75.1%


Pada yang berjaya diharap dapatlah menjadi wakil kepada rakyat yang memilih kamu, yang kalah terima lah dgn hati yang terbuka. Malaysia boleh!!! Satu Malaysia.

p/s= kecewa kerana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) blom lagi update keputusan rasmi nih. http://www.spr.gov.my/

(12.37 pagi - 8/4/09)

Apr 7, 2009

arggggghhhh!!!!


Dah tiru singapore nyer style la plak...... tensen betoi la, hehe. Tapi tetap takmau berenti lagi. muahahaha, apa nak jadik la. Ada menjadik gak la pembaharuan yang dibuat ni, ada sorang tuh dah takmau isap pasal takut tengok gambar2 yg gore brutal death ni. Tapi ada yang lagi teruk pon ada, siap tukar brand lain yg tarak gambar punya, ish, bahaya lagi main tukar2 ni. Rokok mmg bahaya, hehe. Rasa nak carik balik ah tembakau cap semut.

Apr 6, 2009

Printing Baju

Sabtu malam lepas aku pi tolong member aku print baju kat kedai dia. Yang best nyer dia pakai spoder print machine, 8 color 8 panel. Huh, best2. Job yang aku tolong dia ialah T-shirt Jamiroquai, artis interntional yang mai buat konsert kat F1 sepang. Design bagi aku simple, tapi menarik abis, satu kaler jek bikin depan belakang, tapi baju variasi nyer kaler. Tempahan dalam 200 helai, aku cuma dan buat skit bab printing silk screen plastisol dia, drying n packing. lenguh gak la tangan ni, haha. Sesapa yang nak tempah baju pasni aku leh amik order, pasal secara langsung nyer wa dah jadik ejen untuk member aku ni. Dan kalo berpeluang, insyallah aku beli sebijik mesin ni nanti. Chalossss ......


Aku tgh cetak baju sendiri


Adibeast tgh keringkan baju.


Hasil daripada aku, untuk kegunaan sendiri sahaja.



Baju Jamiroquai

Apr 4, 2009

Dua sudah join, yang lain bila lagi

yearghhhhhh, nampaknya geng nuffnang ku bertambah, satu perkembangan yang positif, so dengan ini aku umumkan penyertaan daripada kimi bloodletting http://darineraka.blogspot.com dan jugak rimi in torment http://tormenizedmind.blogspot.com/. So kawan2 liga nuffnang sekian, mari kita support satu sama lain, klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klikklik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik klik.


hahaha, jai jgn marah ekk ;p

Apr 2, 2009

Awas: Minuman Coca-Cola kandungi alkohol

Ceritanya begini, aku terjumpa satu buku resipi yang konon nya nak up jugak la kat sini tapi tak jadik pasalnye, bila baca ingredient dia, dalamnya mengandungi kandungan alkohol. Macam tak percaya jek. Tapi wa tak pasti plak yang kat Malaysia ni bahan2 yang digunakan tuh sama ke idak. Nak kene siasat skit ah. Kat bawah ni aku tunjuk sebahagian dari ingredient yang digunakan untuk membuat minumam coca-cola :-

















Bukan niat nak jatuhkan bisnes company ni tapi aku rasa benda ni umat islam patut tau. Maybe ada hukum yang aku taktau ke pasal ni. Contohnya seperti penggunaan dadah dalam ubat-ubatan. Wallahualam.