Mar 27, 2009

Resipi Starbuck la plak ....


Arituh KFC, kalini starbuck la plak, huh, so lepasni sapa yg bukak kopitiam tuh leh try n buat brand sendiri. Kopitiam la ni mmg dah jadik trend dalam bisnes, Starbuck antara kopitiam yg dah kukuh, lama bertapak dan tahap antarabangsa. Tuh pasal harga dia dah takbleh tahan, hehe

enjoy!!

Download

Mar 24, 2009

SickSociety Latest Video

latest video sicksociety last saturday kat Paul Place in Eastern Metal Fest Part 3.




Mar 23, 2009

Main blog bleh bikin duit woiiii

Haaa, apa lagi, cepat2 ah bikin blog, hehe. Pastuh mai belasah carik sen skit pakai blog korang.
Apa aku merepek ni, pada yang dah buat mmg dah paham, pada yang belom rasa patut kot kongsi skali ngan korang. Pasal ramai gak rakan2 aku yang ada blog tapi rugi la tak gunakan kesempatan yang ada, mmg la tak sampai juta2 dolar leh untung, at least ada gak duit free org nak bagi kan. Camana nak dapatkan sen tuh? jeng jeng jeng.....

Korang tentu pernah dengar pogram pay per click (PPC) contoh yang paling femes ialah google adsense. Ni international nyer pogram, tapi masih ada gak org2 kita yang berjaya menjana side income dari pogram ini. yang aku nak perkenalkan kat korang ialah NUFFNANG. Pogram yang sama gak cam PPC yang lain tapi base kat negara kita sendiri, Malaysia. Ditubuhkan oleh rakyat kita sendiri.

Nuffnang ni dah femes dikalangan blogers malaysia, dah ramai yang terima cek hasil dari usaha diorang promosikan nuffnang dan meletakkan nuffnang ni di blog diorang. Apa natang nuffnang ni. Ok, cerita dia gini, mudah, satu syarikat pengiklanan online yang menyediakan perkhidmatan iklan di blog2, bila iklan kuar kat blog korang, ada org klik jek lu dapat sen. mudah woi. Cuma yang perlu korang buat, suh member2 satu dunia klik iklan nuffnang tuh, hehe. so, potensi besar korang dapat banyak bila blog korang tuh ramai pelawat.

Nak tau lebih lanjut lagi bleh jek pi download ebook nuffnang kat sini.
Nuffnang e-book

Satu lagi cara, aku ada buat satu pakatan ngan geng2 blog aku ni cam berteromber, krenmaut, Tikamlidah, engrazman dan lain2. Pakatan yang mana kitaorang saling berkempen dan membalas klik iklan nuffnang masing2. Ko klik aku, aku klik ko balik, camtuh lah kononnya. Hehehe, cam budak2 jek. Brapa dah ek jumlah terkumpul korang ek.

Ha, satu lagi, nuffnang akan bayar korang setelah anda request payment anda. minimum payment ialah RM50 dan cas rm1 dikenekan untuk setiap request. Bayaran adalah dalam bentuk cek dan dalam nilai Ringgit Malaysia. Nanti kalo ada rezki aku dapat cek nanti aku publish la sini, kasik proof skit. Hehe.

Apa lagi, jom berNUFFNANG. yeahhhh!!!

Mar 19, 2009

Pesta Buku

Lately, MPH book store, Popular Book store n lain2 kerap bikin clearance sale. Contoh MPH, berturut2 dia nyer sale. Adakah ini salah satu faktor untuk galakkan org kita membaca or salah satu kesan krisis ekonomi global? Nak kata harga tuh kaw2 murah takda lah tapi berbaloi la beli, dapat diskaun 10%-30%. Stok buku lama mmg diskaun sampai 90%. Antara kempen sale yang berlaku saja bulan 3 ni ialah :

11-22/3 : Popular Clearance Sale
12-29/3: Monami School's Promotion
13-22/3: Times Book Fair Sale
14-22/3: MPH Clearance Sale (ni aku pi smalam)
5-8/3: Times World Book Day Sale
6-8/3: Pay Less Book Warehouse Sale
7-17: MPH Jimat Book Fair

info dari http://www.shoppingnsales.com


huh, baru intro jek tuh, hehe. Wa sebenarnya nak cerita yang smalam wa pegi MPH clearance sale kat Taman Mayang, PJ. Kat kedai makan terkenal tuh, William, ngan satu lagi Lim Kok Wing lama sebelum pindah ke Cyberjaya. Tujuan wa pegi saja nak buang masa, pasal smalam tarak kerja, jadik wa gi mengular, dari wa asyik main snuker jek kalo mengular, kalini wa gi tempat pesta buku ni.

Bila masuk jek kat tempat pameran tuh, niat wa nak carik buku muzik, iron maiden (konon nak riak skit la kat MM, taapi tak jumpa) dan buku pasal keusahawanan/bisnes. Dari satu rak ke satu rak, banyak novel english, yang mana aku rasa tak laku kot, hehe. Or mmg org kita tak suka baca english novel (aku salah sorangnya, hehe). Tapi tgk bebudak la paling enjoy, pasal banyak buku2 ketegori diorang berlonggok, sib baik anak aku baby lagi, kalo idak aku pon beli kat puteri aku ni.

Apa aku beli kat sana? ada la skit, jumpa buku pasal bisnes. Abis la gak kat rm50. 3 buah buku wa angkut, tapi semua dalam BM, hehe. Senang perasan kot time melonggok tuh. Satu buku pasal nak memulakan perniagaan dan contoh kertas kerja, satu pasal Wang dan Islam, dan satu lagi Muhammad, Usahawan Agung. ha, ada sekeping lagi wa beli untuk adik wa yang nak SPM, pasal persiapan sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. 100% malay title, sapot produk bumiputera, hehehe.

Tu jek lah cerita semalam, adios.

Mar 16, 2009

Percuma Buku Resipi KFC

Haaaa, wa terjumpa ebook resipi KFC, so, sesapa rasa nak try leh download n cuba. Dari ayam original recipies, hot n spicy, mash potato dan lain2, semua ada. Ha, sesapa yg dok boikot produk israel tak makan KFC tuh skrg tapi teringin gak nak makan leh cuba. dah cuba bagitau balik kat aku sebijik tak rasa dia, hehe, nanti nak suh try org rumah cuba nanti. enjoy!!

Muat turun disini: mediafire atau rapidshare

Arrrrggghhhhh!!!!!

Hadoi, kalah plak Manchester sabtu lepas..
apa nak buat dah kalah...
teruskan usaha ....
menang pon bukan leh potong standing kat liga, hehehe

Mar 10, 2009

Peraduan RekaTee 25 Tahun TV3

Rasanya semua dah tau kot pasal benda ni. So sesapa rasa dia kreatif try la join, free jek pon, mana tau ada rezeki bleh menang ka. Hadiah pon leh tahan beb.

Hadiah:
1st Prize: RM 10000
2nd Prize: RM 5000
3rd Prize: RM 3000
FINALISTS will receive t shirts and TV3 merchandises

DEADLINE: 1 April 2009
WEBSITE/URL: http://www.tv3.com.my/tv3_25th_anniversary/index.asp

Mar 4, 2009

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Public di Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita, ditranslatekan. PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?"

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?"
Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?"
Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"

Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore"
Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang!
Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Hahahaha, jgn mare ek geng singapore, just a joke. bosan ah arini :p